Terma Penggunaan EduVenture
Berkuat kuasa: 24 Oktober 2026
Dengan memuat turun, bermain atau membeli Akses Premium EduVenture, anda bersetuju dengan terma berikut. EduVenture dibangunkan oleh AA Software Technology.
1. Penggunaan
EduVenture disediakan untuk kegunaan pendidikan peribadi dan di sekolah. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab ke atas penggunaan oleh kanak-kanak, termasuk pembelian.
2. Versi percuma & Akses Premium
- Versi percuma termasuk sebahagian kandungan. Akses Premium membuka semua kandungan semasa tempoh pakej.
- Pakej 1, 3 dan 6 bulan sah untuk tempoh tersebut dari tarikh aktif. Pembelian semula sebelum tamat akan menyambung tempoh. Pakej Selamanya sah selagi EduVenture beroperasi.
- Tiada caj automatik atau langganan berulang untuk pembelian melalui eduventure.my.
- Kandungan dan ciri boleh ditambah atau diubah dari semasa ke semasa.
3. Akaun & peranti
- Akses Premium dikaitkan dengan no. telefon pembeli dan boleh digunakan pada satu peranti pada satu masa.
- Akses boleh dipindah ke peranti lain sehingga 3 kali sebulan. Peranti sebelumnya akan dikunci semula.
- Akaun tidak boleh dijual atau dikongsi secara meluas. Kami boleh menggantung akaun yang disalah guna.
4. Rumah Ilmu
- Akaun guru tertakluk kepada kelulusan admin.
- Guru bertanggungjawab ke atas soalan yang dicipta dan memastikan kandungan sesuai untuk kanak-kanak.
- Kami boleh memadam kandungan yang tidak sesuai tanpa notis.
5. Harta intelek
Semua grafik, watak, muzik, kod dan kandungan EduVenture adalah hak milik AA Software Technology atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai atau mengedarkannya tanpa kebenaran.
6. Bayaran
Bayaran di eduventure.my diproses oleh ToyyibPay atau Stripe. Pembelian melalui Google Play atau App Store tertakluk kepada terma stor masing-masing. Lihat Polisi Bayaran Balik.
7. Penafian
EduVenture disediakan "seadanya". Kami berusaha memastikan kandungan tepat dan perkhidmatan berjalan lancar, tetapi tidak menjamin ia bebas daripada ralat atau gangguan pada setiap masa.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Terma boleh dikemas kini dan versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.
9. Hubungi kami
AA Software Technology