Polisi Privasi EduVenture
Berkuat kuasa: 24 Oktober 2026
EduVenture ialah permainan pendidikan untuk kanak-kanak yang dibangunkan oleh AA Software Technology ("kami"). Polisi ini menerangkan data yang kami kumpul melalui aplikasi EduVenture dan laman eduventure.my, sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Data yang kami kumpul
- Pendaftaran percubaan: nama, no. telefon dan email Google Play, untuk mendaftarkan anda sebagai penguji dan menghubungi anda melalui WhatsApp.
- Pembelian Akses Premium: nama, no. telefon dan email pembeli. Bayaran diproses oleh ToyyibPay atau Stripe; kami tidak menerima atau menyimpan maklumat kad atau akaun bank anda.
- Akaun Akses Premium: no. telefon pembeli, ID rawak peranti, model peranti dan simpanan kemajuan permainan (nama panggilan profil, umur yang dipilih, kemajuan, syiling dan barangan dalam permainan) untuk membolehkan pindah peranti.
- Rumah Ilmu (guru): nama, email, no. telefon, nama sekolah dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash), serta soalan yang dicipta.
- Rumah Ilmu (murid): nama yang ditaip oleh murid, markah setiap level dan ID rawak peranti. Data ini hanya boleh dilihat oleh guru yang memiliki kod Rumah Ilmu tersebut.
- Data teknikal: alamat IP (untuk keselamatan dan had cubaan) serta kuki sesi dan "Ingat saya" di halaman log masuk.
2. Kanak-kanak
- Kanak-kanak tidak perlu mencipta akaun, memberikan email atau no. telefon untuk bermain.
- Profil dalam permainan disimpan dalam peranti dan hanya menggunakan nama panggilan serta umur yang dipilih.
- Notifikasi pembelian di laman web hanya memaparkan beberapa huruf awal nama pertama pembeli (cth. “Amin...”) dan pakej yang dibeli. Nama penuh, no. telefon, email dan harga tidak pernah dipaparkan. Pembeli boleh meminta nama mereka tidak dipaparkan dengan menghubungi kami.
- Pembelian Akses Premium dibuat oleh ibu bapa melalui laman web eduventure.my atau kedai aplikasi (tertakluk kepada kawalan ibu bapa pada peranti).
- Tiada iklan, tiada penjejak iklan pihak ketiga dan tiada sembang antara pengguna dalam permainan.
3. Cara kami menggunakan data
Untuk menyediakan permainan dan Akses Premium, mengaktifkan dan memindahkan akses antara peranti, menyimpan kemajuan, membolehkan guru melihat markah murid, menghubungi anda mengenai pendaftaran atau pembelian, serta melindungi perkhidmatan daripada penyalahgunaan. Kami tidak menjual data anda.
4. Perkongsian dengan pihak ketiga
- ToyyibPay dan Stripe: pemprosesan bayaran.
- Hostinger: pengehosan pelayan dan pangkalan data laman.
- Google Play: pengedaran aplikasi dan senarai penguji (email Google Play).
5. Tempoh simpanan
Data akaun dan simpanan permainan disimpan selagi akaun digunakan. Rekod pembelian disimpan untuk tujuan perakaunan. Anda boleh meminta data dipadam pada bila-bila masa.
6. Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda (termasuk markah murid di Rumah Ilmu) dengan menghubungi kami di bawah. Guru boleh memadam Rumah Ilmu berserta semua keputusan murid dari halaman guru.
7. Keselamatan
Sambungan menggunakan HTTPS, kata laluan disimpan dalam bentuk hash dan akses pentadbir dilindungi. Tiada sistem yang 100% selamat, tetapi kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data anda.
8. Perubahan polisi
Polisi ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh berkuat kuasa di atas akan dikemas kini.
9. Hubungi kami
AA Software Technology