EduVenture 🤝 Affiliate
Ciri Harga Untuk Guru Soalan Lazim 🤝 Affiliate Main Percuma
Bayaran Balik

Polisi Bayaran Balik

Berkuat kuasa: 24 Oktober 2026

Akses Premium EduVenture ialah produk digital yang diaktifkan serta-merta selepas bayaran. Kami mahu anda berpuas hati, jadi polisi berikut terpakai bagi pembelian melalui eduventure.my.

1. Bayaran balik penuh diberi jika

  • Anda dicaj lebih daripada sekali bagi pembelian yang sama.
  • Akses Premium tidak dapat diaktifkan dan kami tidak dapat menyelesaikan masalah dalam masa 3 hari bekerja selepas aduan.
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian dan Akses Premium belum digunakan secara meluas.

2. Bayaran balik tidak diberi jika

  • Permohonan dibuat selepas 7 hari dari tarikh pembelian.
  • Akaun digantung kerana penyalahgunaan, termasuk berkongsi akaun secara meluas.
  • Pembelian dibuat melalui Google Play atau App Store. Pembelian ini tertakluk kepada polisi bayaran balik stor masing-masing dan perlu dimohon terus kepada stor.

3. Cara memohon

  1. Hubungi kami melalui WhatsApp atau email di bawah.
  2. Nyatakan no. telefon yang digunakan semasa membeli, tarikh pembelian dan no. rujukan bil (dalam email resit).
  3. Nyatakan sebab permohonan.

4. Proses

Permohonan akan disemak dalam masa 3 hari bekerja. Bayaran balik yang diluluskan dikreditkan ke akaun bank asal dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja. Akses Premium bagi pembelian tersebut akan ditamatkan.

5. Hubungi kami

AA Software Technology

Main di Web Percubaan Android Beli Premium Rumah Ilmu (Guru) Program Affiliate Polisi Privasi Terma Penggunaan Polisi Bayaran Balik

© 2026 AA Software Technology · EduVenture